Tuesday, November 8, 2011

KORBAN


apa nak jadi, jadi. aku nekad.

tahun ni, aku korban kan telinga aku untuk disembelih oleh manager, dengan budak2 tempat kerja.

lepas kena kerah teruk hari ahad haritu, isnin aku ponteng kerja.

sehari, tepat sehari aku korban kan cuti aku untuk luangkan masa dengan kawan2 aku. kawan2 yang sama2 membesar dengan aku, yang jarang2 dapat jumpa pasal komitmen kerjja dan hidup masing2.

memang nampak duniawi semata. tapi aku puas. sebab tak banyak masa kitorang dapat lepak macam ni sekali. walaupun tak dapat kumpul semua. tapi apa yang ada, buat aku rasa puas.
aku tak menyesal pun korban kan masa kerja aku untuk kawan2 aku yang memang aku patut panggil kawan. sebab minggu lepas pun aku ada ponteng untuk kawan2 aku. tapi tu kawan2 kolej. juga patut dipanggil kawan.

harap dapat jumpa lagi beberapa bulan yang mendatang.

habis tu, apa cerita dengan 'perubahan' bagai tu?

janji tetap janji. alhamdulillah, progress nya baik untuk misi betulkan attitude dekat tempat kerja. lepas semua dah ok, nanti masuk fasa untuk misi attitude waktu bekerja pulak.

pelan2 kayuh dok!

No comments: