Thursday, February 2, 2012

KEPUITUISAN

ada dua situasi yang aku paling elak dari dulu.

1- komitmen dengan seseorang yang lebih tua. sebab itu bukan type aku.
2- komitmen dengan rakan sekerja. sebab aku tau, ini amat menyusahkan.

tuhan sayang lebih dekat aku.

maka, kedua2 situasi tersebut diturunkan dan sedang berlaku dekat aku.

aku pulak terlalu bodoh untuk buat keputusan.

hmm.

Saturday, December 3, 2011

Bergerak Kedepan

apa benda move on tu? bahagia ke kau lepas move on? apa bukti ke'move-on'an kau?

situasi satu :
pagi2 bangun tido rasa wtf sangat2 lepas dapat mimpi pasal ex, tiba2 ajak beborak.

situasi dua :
pagi2 bangun tido, online facebook. nampak satu page update gambar yang sebijik muka ex. i mean seriously, sebijik!

dalam masa kurang seminggu jadi dua2 situasi ni. sebab penat sangat kerja ke? ke pasal stress sangat?

ke memang aku tak move on lagi?

Friday, November 18, 2011

How To Quit Being An Asshole For Dumbass #01


lesson 1 : be an asshole and a dumbass at the same time.

INTEGRITY


being a leader is to lead.
to lead is to be a role model.
to be a role model is to show a good example.
to show a good example is to show a good manner.

so, how in the hell to be a f-ing leader if you're the one in the first place is f-ing corrupted?

muaderfuaka!


Monday, November 14, 2011

SPM


enam tahun lepas, kalau tak lulus spm orang kata takde masa depan. tipu!

apa yang aku boleh ingat pasal spm aku dulu tak banyak. cuma, simpan rambut panjang, pakai converse kulit, jawab paper ala kadar, pengawas periksa lepak belakang kelas beborak dengan pengawas periksa lain, pengawas periksa yang macam mak2 sikit duduk depan kelas tidur sampai tersengguk, paper bi aku kena tiru dengan pelajar contoh, pelajar contoh bagi aku tiru paper math dia, subjek lukisan kejuteraan paling senang nak meniru, paper sejarah, kimia, fizik, add math 30minit pertama dah tidur, lepas habis tiap2 paper campak kerusi, meja, cermin, dari tingkat 4 ke bawah. conteng2 baju sekolah masa last day spm.

hasilnya, 1 a2, 4 b4, 1 c5, 1 c6, 2 d7, 2 e8.

not bad huh?

p/s : terima kasih kepada azari untuk a2 paper math moden tu.

Saturday, November 12, 2011

11.11.11

takde menda pun? kena kerja jugak. pfffttt.

Tuesday, November 8, 2011

KAWAN

'tak kira mana jauh kau pegi, last2 balik kat tempat asal kau jugak' - mohd yaakob

betul, memang betul.

selama aku hidup, macam2 jenis perangai orang aku jumpa. macam2 jenis kawan jugak aku dapat. tapi nak dapat kawan yang betul2 kawan tu susah.

orang kata zaman sekarang ni, nak berkawan pun kena pandai pilih. aku bersyukur dengan kawan2, kenalan2 sekeliling aku sehingga hari ni. kalau takde diorang, tak kan ada eman yang sekarang ni.

tapi jauh mana aku pegi, pusing2 balik, aku lebih selesa dengan kawan2 yang aku membesar sama2. sebab memori pahit manis aku dulu memang dengan diorang jelah. sounds gay, tapi memori tu boleh buat aku rindu masa kecik2 nakal dulu. hehe.

bukan maksud aku nak membezakan, mengecop grade untuk semua kawan2 aku. cuma, aku kenal kawan2 aku semua pada fasa dan situasi berbeza.

macam kawan2 membesar aku, bila jumpa memang takde cerita lain selain memori masa kecik nakal dulu. lain, aku tak dapat cerita hal peribadi dengan diorang tak macam kawan2 kolej aku. kalau kawan2 tempat kerja pulak, memang hal kerja semata, tak banyak hal yang boleh bawak keluar.

jadi, tu maksud aku. semua kawan2 aku main peranan penting untuk aku jadi eman yang sekarang ni.

terima kasih kawan :)

KORBAN


apa nak jadi, jadi. aku nekad.

tahun ni, aku korban kan telinga aku untuk disembelih oleh manager, dengan budak2 tempat kerja.

lepas kena kerah teruk hari ahad haritu, isnin aku ponteng kerja.

sehari, tepat sehari aku korban kan cuti aku untuk luangkan masa dengan kawan2 aku. kawan2 yang sama2 membesar dengan aku, yang jarang2 dapat jumpa pasal komitmen kerjja dan hidup masing2.

memang nampak duniawi semata. tapi aku puas. sebab tak banyak masa kitorang dapat lepak macam ni sekali. walaupun tak dapat kumpul semua. tapi apa yang ada, buat aku rasa puas.
aku tak menyesal pun korban kan masa kerja aku untuk kawan2 aku yang memang aku patut panggil kawan. sebab minggu lepas pun aku ada ponteng untuk kawan2 aku. tapi tu kawan2 kolej. juga patut dipanggil kawan.

harap dapat jumpa lagi beberapa bulan yang mendatang.

habis tu, apa cerita dengan 'perubahan' bagai tu?

janji tetap janji. alhamdulillah, progress nya baik untuk misi betulkan attitude dekat tempat kerja. lepas semua dah ok, nanti masuk fasa untuk misi attitude waktu bekerja pulak.

pelan2 kayuh dok!

Tuesday, November 1, 2011

KENAPA?


"kenapa semua gambar kau tak full? sekarang dah kurus apa? dah makin ensem kan" - paan.

aku tak jawab masa paan tanya tu.

sebenarnya,
aku seorang yang pemalu. lagipun aku ni bukan fotogenik sangat. kalau gambar2 candid memang hasilnya failed. pffftt.

mungkin inilah yang dinamakan low-self-esteem?

Sunday, October 30, 2011

PROGRESS

"hidup ni kalau tegak je, mana datang cabaran nya" - mohd yaakob

perubahan aku dalam progress.

segala yang 'tak boleh' aku 'boleh' kan dulu, kini sudah kembali natural 'tak boleh' nya.

perjalanan dia tak semudah yang aku sangka. memang ada aku nantikan cabaran, tapi lain yang aku tunggu lain yang datang apa cerita?

aku tak tau kalau aku memang saja2 di uji.

tapi setakat 'anjingan' takkan buat aku patah hati la. baru padan muka aku. bila tak buat dah baru terasa padu bila di 'anjingkan'. haha.

tapi ini aku buat untuk diri aku sendiri dulu.

lepas diri sendiri, nanti baru aku pikir pasal orang lain pulak.

Saturday, October 29, 2011

BERRUBAH

sampai satu masa, kau mesti lakukan perubahan. tak perlu drastik, sikit2 pun dah kira bagus. malah tu yang lebih elok, bagi aku.

tapi dimana titik tolak nya?
titik permulaan semua kejahatan harus dihentikan?

ada satu situasi, dekat tempat kerja :

dari attitude yang macam sampah, kerja lebih kurang, takde semangat.

tapi tiba2 kau diberikan satu peluang, untuk dimaafkan kesemua kesalahan kau yang lepas2.
ya, semua. semua sekali.
yang salah sudah dibetulkan, yang haram semua dihalalkan oleh tuan tanah. adakah kau akan berubah?

aku pilih untuk berubah.

Thursday, October 20, 2011

KITARAN



bangun > pergi kerja > kerja, tension > balik kerja > lepak mamak > tidur

komplen sana sini > takde duit > kerja > dapat duit > senyap

banyak duit > nak beli itu > tapi beli ini > takpe duit banyak lagi > pung pang > duit habis > takpe gaji bulan depan ada

bangun > pergi kerja > kerja, tension > balik kerja > lepak mamak > tidur

komplen sana sini > takde duit > kerja > dapat duit > senyap

banyak duit > semua benda beli > semua benda makan > pung pang > duit habis > takpe gaji bulan depan ada lagi


Tuesday, October 18, 2011

AKU DAH BALIK

yes, aku dah balik!

dah lama teringin nak aktif balik, cuma takde kesempatan je. lepasni kalau nak membebel, aku lepak sini je lah. html, coding apa semua dah karat ni.

aku tak janji nak update selalu, tapi ada masa aku taip laju2 ok?

ciao.